Kehadapan anak ibu yg amat ibu sayangi dan ibu kasihi. Doa dan harapan ibu agar Danish sentiasa berada dalam lindungan Allah Swt. Tiada yg lebih menyenangkan hati ibu selain melihat senyuman Danish. Semoga rahmat Ilahi mendatangkan kebaikan kepada kehidupan Danish.
Danishku sayang,sekiranya nanti Danish berupaya untuk membaca,nukilan ini ibu coretkan buat tatapanmu,insyaAllah semoga Dia mengizinkan detik itu. Tiada yg mustahil.
Danishku sayang,dengarkan ini bicara hati dan perasaan ibu menjalani kehidupan pelbagai warna,seperti pelangi yg baru menyinari alam selepas rintik2 hujan berhenti, bermula dari saat pertama Danish dikurniakan olehNya untuk bernafas di muka bumi ini. Kehadiran Danish telah banyak mengajar ibu erti kasih sayang tanpa batasan dan sempadan. Semoga kasih ibu kepadamu membawa ke syurga.
Danishku sayang,ibu merindukan satu ketika,bila nanti Danish akan memanggil ibu,ibu tahu Danish faham dan mengerti apa yang selalu ibu perkatakan kepadamu,cuma keadaan fizikalmu tidak mengizinkan Danish membalasnya. Ibu akan tetap setia menanti saat itu.
Life is test,the one who kneels to Allah,can stand up to anything. Hidup umpama roda,terkadang di atas,terkadang di bawah. Kasih ibu pada Danish sehingga ke hujung nyawa. Bertabahlah wahai permata hati ibu menghadapi ujian Ilahi..Danish tetap sempurna di mata ibu..Danish hambaNya yg terpilih dan sudah ditentukan tempat di syurga.
AMIRUL DANISH IHSAN..maafkan ketidaksempurnaan ibu dalam membesarkanmu.

No comments:
Post a Comment