Tak sedar masa berlalu..rupanya kita ni dah memasuki suku keempat tahun 2013! Istilah saya kalau dah bulan 10 ni..memang hujung tahun...huhuhu...dah rasa ngerinya nak menjejaki tahun baru pulak....umur dah bertambah..umur sendiri tu tak risau sangat, yang paling mencengkam bila mengingatkan umur Danish...dah nak masuk 6 tahun, belum ada lagi tanda-tanda nak meniarap, merangkak, duduk apatah lagi berdiri dan melangkah! Belum cukup kuat lagi usaha ibumu ini nak, maafkan ibu....
Eh....dah dah nak sedih sedih pulak kannnnnnn....positif positif...orang kata masa mandi..cakap yang elok je..sebab aura air ni kuat.so memang setiap kali mandi saya akan buang perasaan negatif tu..sebaliknya cuba bercakap yang positif je dengan Danish..biasanya saya akan cakap..danish budak pandai, bijak, kuat..tahun depan danish nak jalan dah..sebab danish nak sekolah tahun depan..danish tak nak duduk rumah lagi....macam tu lah setiap kali mandi...sebenarnya dengan cara tu juga saya dapat lupa sakit pinggang masa mengangkat danish dan membongkok mandikan dia tu..sebaliknya saya rasa seronok bercakap-cakap dengan dia..hayun hayun dia macam baby supaya dia rasa seronok dan paling penting saya tak nak dia rasa yang keadaan dia menyusahkan saya! Saya tau..dia faham apa yang jadi di sekeliling dia..dia faham apa yang kita cakap kan dengan dia..cuma dia belum ada daya untuk membalas kata kata saya...contohnya yang baru terjadi ni ha..sambil menaip, sambil saya menyuap makan dia...sambil pulak mulut bising marahkan kitty, kucing saya sbb jatuhkan frame gambar...dan Danish tersenyum kambing seolah olah, padan muka kitty kena marah...hehehehehe....
Bercerita pasal tahun baru tahun depan la...2014...hopefully takkan ada exam yang akan aku lalui lagi..eh aku pulak..eh tak pe le kan terasa formal benor saya saya ni....udah tua aku ni asyik mengadap exam je...sebenornya hati tengah berdebor2 (udah keluo cakap Peghak..gara-gara sedap ber'aku' )...menurut sumber bulih dipercayai...result exam Akaun yang aku ngan kawan2 batch 2007 ambik Julai lepas..akan keluo dalam minggu depan ni....mula le tido pun termimpi mimpi kome...batch 2007 pe ke benda pulak tu ye? Aku memegang jawatan sekarang mulai 15.2.2007...bersama lebih kurang 400 yang lain...kitorang ni le yang dipanggil batch 2007 dalam LHDN. Yang paling memedihkan hati ada pulak yang menggelor kitorang ni batch tak berapa pandai...sebabnya masa Peperiksaan Asas Perkhidmatan yang kami ambil awal tahun 2008, daripada beratus ratus tu 7 orang je yang lulus semua 7 paper...yang lain tu ada yang failed 2,3,4 paper..berwarna warni la keputusan kami...gempak wooooo...tapi kami menggelorkan diri kami batch tikus putih, tikus makmal..dijadikan bahan eksperimen...kami lah batch pertama 7 paper tuh!!! sebelum ni 4 je....adoi! Ramai yang tak pernah gagal kat U pun..gagal kat LHDN ni ha! Mau mak tak tension nak? Aku masa tu kena la repeat dua paper....result repeat tu buleh la pulak dapat A dan A-...ntah apa apa je aku rasa.
Dapat le rehat tahun 2009-2010 tak de exam...pastu tahun 2011 start pulak Kursus Lanjutan untuk batch kami. 4 paper beb! Undang-undang ada 2 paper, Akaun n Audit Percukaian. Yang best nye..batch lain dulu 2 tahun ++ leh dah setel 4 paper tu...kami ni tiga tahun la pulak. 2011 sampai la hujung 2013 ni exam Audit. Rasa nak pecah kepala...aku tak tau la orang lain..tapi pada aku memang hazab tiap kali nak amik exam..mencabar sungguh..kerja opis nak kena hadap..balik umah keluarga pulak..tambahan aku yang ada istimewa ni..tidak le aku menyalahkan kehadiran dia pulak..sebaliknya aku bersyukur dan aku percaya dia membawa rezeki dalam keluarga kami ni..Alhamdulillah dua paper yang aku dah tempuh aku lulus..walaupun tak le cemerlang. Sebenarnya Danish tak mengganggu pun...aku boleh je suap makan sambil menaip ni ha...dia bukan mcm budak lain yang aku kena kejar nak bagi makan pun....saja je kan..kalau nak belajar tu seribu daya..tapi aku yang rasa dah letih kot..sebab aku pun dapat degree dengan PJJ dulu..2002-2006..rehat setahun je dah start dengan peperiksaan asas 7 paper tu..tua aku ni ngadap buku je...marah cendekiawan membaca keluhan aku ni...lagak macam orang dah belajor sampai PHD...hehehehehe..
Itu je le yang aku nak kongsikan arini...cite periksa aku yang tak abih abih..anak periksa mak pun sama naik. .harapnya bulan 12 ni berakhir le mimpi ngeri exam aku. Jangan le tetiba nak buat lagi exam untuk batch tikus makmal ni..nak kaji apa lagi? cukup cukup sudahhhhhh.....
No comments:
Post a Comment